Sunday, November 9, 2008

Penyakit Buah Pinggang

Ada forumer yang tanya berkenaan sakit buah pinggang jadi saya selitkan maklumat disini untuk kebaikan bersama.

Sedikit mengenai anatomi buah pinggang.
















Kita mempunyai dua buah pinggang yang terletak di bawah otot pernafasan utama iaitu diaphragm dan pada bahagian belakang ruang abdomen. Buah pinggnang kiri terletak dibelakang perut manakala buah pinggang kanan terletak di bawah hati. Lokasi buah pinggang boleh dikenal pasti dengan mencari tulang rusuk paling bawah dan mengikut perjalanannya ke belakang sehingga bertemu tulang belakang. Ruang dibawah pertemuan kedua2 garisan ini adalah tempat terletaknya buah pinggang.

Buah pinggang telah dicipta oleh Allah sebagai organ penapis yang begitu komplex dan efficient. buah pinggang akan membuang bahan bahan yang tidak diperlukan oleh badan sebagai air kencing dan menyerap semula bahan2 yang diperlukan oleh badan. Keseimbangan garam (elektrolit) dan acid-base yang sangat penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik semuanya dikawal oleh buah pinggang. Oleh kerana buah pinggang menapis darah, bahan2 toxic juga ditapis dan dibuang dari tubuh sebagai air kencing. Oleh kerana itu buah pinggang sentiasa bekerja keras dan sentiasa menghadapi serangan dari bahan-bahan toxic dalam darah.

Oleh kerana manusia dikurniakan dengan sepasang buah pinggang, seseorang itu masih dapat hidup dengan normal dengan satu buah pinggang yang berfungsi. Apabila kedua-dua buah pinggang rosak maka fungsi buah pinggang perlu dijalankan oleh mesin dialysis.

kerosakan buah pinggang boleh dibahagikan kepada:
1) kerosakan akut (acute renal failure atau ARF): jika dirawat awal mungkin boleh sembuh seratus peratus
2) kerosakan kronik (chronic Renal Failure atau CRF): dimana lama kelamaan pesakit akan memerlukan dialysis
3) Kerosakan akut diatas kerosakan yang telah kronik (acute on chronic renal failure)

Antara punca-punca utama kerosakan buah pinggang termasuk:
Kencing Manis,
Darah tinggi,
jangkitan kuman,
trauma
penyakit autoimmune (penyakit dimana antibodi seseorang menyerang organ sendiri),
Batu karang
Ubat2 samada diberi oleh doktor atau herba2 dan lain2 toxin
polycytic kidney/ketumbuhan lain


Simtom dan tanda penyakit buah pinggang:

Oleh kerana fungsi buah pinggang begitu efficient simtom penyakit buah pinggang selalunya dialami apabila penyakit telah advance (iaitu tahap yang teruk). Sebelum itu penyakit ini memang susah dikesan.
Sekiranya sakit disebabkan oleh jangkitan kuman simtom utama merupakan sakit berterusan pada bahagian buah pinggang, demam panas, sakit semasa kencing dan kencing berdarah. Batu karang juga menunjukkan simtom seperti jangkitan kuman tetapi selalunya sakit tidak berterusan tepati datang berulang-ulang dan selalunya tidak demam. Tanda paling awal kerosakan buah pinggang disebabkan kencing manis ialah microalbuminuria (kehadiran microalbumin dalam air kencing dan ini dapat dikesan melalui ujian air kencing.

Simtom-simtom CRF selalunya disebabkan oleh kandungan urea yang tinggi dalam darah (selalunya dikatakan darah kotor kerana urea merupakan bahan kumbahan yang perlu di buang). Antara simtom2 nya termasuk, kurang selera makan, loya dan muntah, gatal seluruh badan, mulut dan peluh berbau hancing, jumlah kencing seharian yang kurang dan pesakit kurang sedar. Doktor sering dapat mengenal pasti seseorang yang mengalami CRF dengan melihat wajah dan warna kulit seseorang kerana berlaku perubahan pada warna kulit dan juga kehadiran tekanan darah yang tinggi. Peringkat seperti ini selalunya memerlukan dialysis terutama jika seseorang tidak dapat menghasilkan air kencing kerana air yang berlebihan boleh melimpah ke paru paru apabila jantung tidak dapat menampung pertambahan air badan. Pada waktu ini orang tersebut akan mengalami sesak nafas dan merupakan kecemasan perubatan.

Untuk mengetahui fungsi buah pinggang saudara/saudari boleh melakukan ujian darah dan air kencing dan doktor dapat memastikan fungsi buah pinggang saudara terutamanya kandungan creatinine dan urea dlm darah. Ujian yang paling tepat merupakan creatinine clearance yang mengkaji bagaimana buah pinggang menapis creatinine dalam darah. Ujian-ujian seperti ultrasound dan CT scan dapat mengenal pasti samada terdapat masalah dari segi struktur iaitu samada saiz buah pinggang normal dan jika terdapat batu karang, cyst atau ketumbuhan. Jika seseorang menghidap CRF buah pinggang akan mengecut.

Cara-cara menjaga buah pingggang:
1) Elakkan penyakit kencing manis dan darah tinggi dengan pemakanan seimbang dan senaman
2) Elakkan pengambilan ubat tanpa rujukan doktor terutama pengambilan ubat tahan sakit yang mudah dibeli di farmasi/pasaraya
3) minum air yang telah ditapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4)Mengelakkan toksin yang terdapat dipersekitaran terutama makanan seperti buah dan sayur yang disembur racun dengan memakan makanan organic

Mahathir