Wednesday, August 27, 2008

Strength Training

Hi there,

Most of us know the benefits of exercise but how do we perform exercises for optimum result in the least amount of time and make it fun?

There are several important components of exercise which include:
1) endurance,
2) strength,
3) speed and reaction time,
4) balance and coordination
5) flexibility
6) neuromuscular relaxation.

In this article, I will focus on strength and resistance training and how to go about starting a program for yourself ( This is meant for a sedentary person just starting to take an interest in his or her own health and not for the advanced athelete so it should be simple enough).

Strength training, obviously increases strength but it also tones the body, burns fat and bulids muscle.

Here is a simple program anyone could try. I recommend that you have with you some light weights to start off say 2 canned foods, unopened bottled water or better still two dumbells.

Some basic principles:

1. Reps: Repetition for 1 single movement described. The number of reps you perform will depend on your fitness goals. If your aim is for strength or muscle size, perform between 6 - 10 reps
If your aim is for muscle tone or endurance, perform between 10 - 15 reps

2. Sets: No of times a set of exercises is performed

3. Optimum Weight required:
The heaviest weight you can lift to obtain the required no of reps for a particular movement. For example, if you plan to perform 6 reps choose a weight which you can only lift 6 times for that particular movement. For absolute beginners start with two 1 kg dumbells and either increase or decrease the weight accordingly.

4. Don't forget to Breathe.

Are you ready?

Start with a warm up session of stretching followed by walking for about 5 min (ideally it should be 10 to 15 min). Walking will increase the blood flow to the muscles which you will then put to work in this program. This is important to prevent injury. After the warm up session, start your work-up from the toes up.

For a start increase your muscle endurance by performing 15 reps of each of the following in sequence:
1. Heel lift :
With the weights in your hands, by your sides or held at shoulder height, raise yourself up on your tip toes and then come back down slowly to standing position. You will feel your calf muscles contracting.


2. dumbell squat-to-bench:
With the weights in each hand by your sides, inhale deeply, then exhale as you squat down until yor buttocks touches the bench. Do not take tension off your thighs by actually sitting on the bench. Return immediately to the starting position.

3. Front Lunge:
Stand erect with your hands on your hips. Inhale and step forward as far as possible until your leading leg is parallel with the floor and your trailing leg is extended as straight as possible. Push back to the starting position and exhale. Repeat with other leg.

4. Abdominal Crunch:
Lie on the floor with your legs bent, your feet flat on the floor. Place your hands on the back of your head, or if you prefer, cross them over your chest. Lift your shoulder blades off the ground moving your elbows towards your knees. Don't try to lift your whole back - just your shoulder blades. Squeeze your abs for a second. Slowly return to the starting position.

5. Dumbell Lateral Raise:
Holding dumbbells, stand slightly bent at the hips. Your knees should also be slightly bent. Your back should be straight, and your arms hanging down, elbows slightly bent.
Keeping your arms locked, slowly raise the dumbbells out to the sides until elbows are level with your shoulders.
Slowly return to the starting position.

6. Hammer Curl:
Stand straight, holding the dumbells at your sides, palms facing inwards.
Keeping your elbows at locked at your sides, slowly lift the dumbells until they almost touch your shoulders. Slowly lower the weights back.

7. One arm dumbell extension:
The one are dumbbell extension can be done either standing or seated, whichever is more comfortable. Take a dumbbell in your right hand then extend your arm up so that you're holding the dumbbell straight up with your palm facing forwards. Keeping your upper arm still and bending at the elbow slowly lower the dumbbell down behind your neck. Raise back to the starting position and repeat for desired reps.

I've chosen these exercises because these are relatively simple. As you gain experience you may add other movement targeted to specific muscle groups.

For a start, perform 1 set of exercise 2-3 times per week then increase gradually. As you gain strength and stamina you can increase the sets accordingly. Try and keep the exercise regular. The more often you exercise, the easier it gets and exercise won't tire you too much.......

Instead you will feel energized.....

Cool Down
Take 5 minutes to walk at a slow pace, swinging arms back and forth, and breathing deeply releasing everything from your mind.

I hope you will take the time to try these strength training exercises and reap its benefits.
Till next time,

Stay healthy.

Mahathir

Sunday, August 3, 2008

Women's Health: Family Planning (Bahasa)

Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan. Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.

IMPLAN (IMPLANON)

Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.

Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akan mempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu, tiada haid.

Pengeluaran implan
Sekiranya anda memasang implan di Klinik Lina, anda akan menerima SMS peringatan apabila implan telah tamat tempoh dan perlu dikeluarkan. Ubat dius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.

Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali dalam bulan pertama.

Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.

Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.

Untuk keterangan lanjut, sila datang ke Klinik Lina (FG 17, Blok 2A, Jalan PJS2/1, Apartmen Taman Medan Jaya, Selangor. Tel no: 77820005)

IUCD

IUCD atau intrauterine contraceptive device ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.

Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.

Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala

Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akan mengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akan memotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.

Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.

Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal

Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375). Jika IUCD dimasukkan di Klinik Lina, anda akan menerima SMS peringatan jika sampai masa untuk mengeluarkan IUCD.

Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.

Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akan dikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.

Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.

Untuk maklumat lanjut, sila datang ke Klinik Lina (FG 17, No 2A, Jalan PJS 2/1, Apartmen Taman Medan Jaya, Selangor. Tel no: 77820005)

PIL PERANCANG NORIDAY

Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.

Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.

Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.

Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang sama setiap hari. Jika terlupa, ambil pil sebaik sahaja teringat dan ambil juga pada masa yang sama pada hari tersebut. Ini bermakna anda akan mengambil 2 pil pada hari tersebut. Anda mesti menggunakan cara alternatif juga selama 14 hari.
Jika terlupa 2 atau lebih pil berturut-turut, anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang dan menggunakan cara alternatif sehingga datang haid.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.

Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut

Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, buah dada setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (pap smear) setiap tahun.

Untuk keterangan lanjut, sila datang ke Klinik Lina (FG 17 Blok 2A, Jalan PJS2/1, Apartmen Taman Medan Jaya, Selangor. Tel no: 77820005)

SUNTIKAN DEPO

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.

Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.

Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi apoinmen untuk suntikan setiap 2 bulan selama 3 kali. Ini diikuti dengan suntikan setiap 3 bulan. Jika anda menerima suntikan di Klinik Lina, anda akan diberi SMS peringatan untuk suntikan seterusnya.

Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung

Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

Untuk keterangan lanjut, sila datang ke Klinik Lina (FG 17 Blok 2A, Jalan PJS2/1, Apartmen Taman Medan Jaya, Selangor. Tel no: 77820005)

PIL PERANCANG SELAIN NORIDAY (masih dikemaskini)